top of page
2a595aa1-cd75-400f-8f96-6891f49d02ba.png

Di Capredoca Wedding & Décor, kami percaya setiap cinta mempunyai keindahan tersendiri dan keindahan itu layak diraikan dengan penuh gaya dan makna.

​

Berasaskan pengalaman dan ketelitian dalam perancangan majlis, kami menyediakan perkhidmatan perkahwinan yang menyeluruh, daripada konsep dan dekorasi hinggalah penyelarasan hari majlis. Setiap perincian disusun dengan rapi agar perjalanan anda menuju hari bahagia terasa lancar, tenang dan penuh keyakinan.

​

Kami mempunya dua lokasi eksklusif, Capredoca White Palace dan Capredoca Golden Ballroom yang menawarkan ruang elegan dan selesa untuk meraikan detik paling bermakna dalam hidup anda. Dengan suasana yang memukau dan kemudahan yang lengkap, setiap majlis di sini bukan sekadar acara, tetapi sebuah pengalaman yang meninggalkan kenangan indah buat pasangan dan tetamu.

​

Bagi kami, perkahwinan bukan hanya tentang dekorasi yang cantik atau majlis yang sempurna. Ia tentang mencipta momen yang dirasai, dihargai dan dikenang sepanjang hayat. Dan di situlah komitmen kami bermula agar dapat memastikan impian anda diterjemahkan menjadi realiti yang lebih indah daripada yang dibayangkan.

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

© 2026 by Capredoca. Your dreams wedding starts here.

bottom of page